loading...

[VIDE0] M4keup D4h C4ntik, T4pi T4k Reti Lukis Kening? Guna Je C4ra Senang Ni

 


Sudah lumrah, setiap wanita sememangnya suka pada kecantikan malahan gembira jika menerima pujian daripada insan kesayangan. Bahkan ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi membeli kelengkapan alat solek. Namun tidak dinafikan, pasti ada antara kalian berasa kekok ataupun kurang mahir untuk menghasilkan lukisan kening yang cantik, kan?


Selalu ditanya cara mudah nak lukisan kening…teknik sesuai untuk semua orang 

Dek kerana sering menerima pertanyaan di TikTok, Puan Rozyana Roslan telah berkongsi cara mudah untuk mendapatkan ukiran kening yang sempurna. Ujar wanita itu, teknik tersebut sebenarnya sesuai digunakan oleh semua orang tanpa mengira bentuk alis.  




Tak disaran lukis ikut bentuk asal…tutup lebihan bulu kening dengan concealer 

Langkah pertama, kening perlulah dilukis menggunakan eyebrow pencil dan tidak perlu ikut bentuk kening yang asal. Selepas diukir dan diratakan dengan berus alis mata, lebihan bulu halus itu boleh dirapikan dengan concealer.

@rozyana93

Reply to @fatin_atin90 banyakkan practice!

♬ Sayang - Via Vallen

Nampak senang,tapi bila buat‘kelaut’ perginya 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui walaupun cara yang ditunjukkan itu nampak mudah tetapi akan jadi sukar jika tidak dipraktis. Selain mengucapkan terima kasih, mereka juga turut meminta Rozyana Roslan agar membuat tutorial solekan yang lain pula. Secara keseluruhan, paparan tersebut telah meraih hampir 400 ribu jumlah tontonan setakat ini.