Bahagia Jadi Isteri 44 Hari, Pengantin Viral Diuji Barah Hembus Nafas Terakhir.
Sekitar pertengahan November lalu, sepasang mempelai telah buktikan cinta sejati masih wujud. Walaupun pengantin perempuan diuji menghidap
barah limfoma tahap 4 dan cuma terlantar di atas katil, namun ia bukan halangan buat tunangnya untuk lamar jadikan isteri. Malah upacara akad
nikah mereka dilakukan secara ringkas di dalam sebuah bilik sahaja.
Allah sayang Nina…Bahagia jadi isteri selama 44 hari,pergimu sebagai isteri yang dicintai
Namun dikacitanya, Fatihah Aireina dikhabarkan telah kembali ke rahmatullah semalam. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh ibunya, Puan Siti
Norbaya menerusi satu perkongsian di laman Facebook. Walaupun bersedih atas pemergian Allayarhamah, namun dia redha kerana anak sulungnya
sempat bernikah dan menjadi isteri orang walaupun cuma seketika. Justeru, Puan Siti Norbaya berdoa agar Fatihah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Genap 44 hari Tiha jadi menantu yang mama sayangi,damailah di sana… Buat anakanda Aiman, tabah & sabarlah sayang.
Perasaan pilu dan sebak turut dirasai oleh ibu pengantin lelaki iaitu Puan Rohana Jusoh yang turut menjadi saksi akad nikah mereka pada bulan
lepas. Meskipun cuma 44 hari bergelar menantu, namun dia sangat menyayangi Allayarhamah Fatihah Aireina sekali gus menitipkan doa buatnya.
Dalam pada itu, dia turut berharap agar anaknya iaitu Aiman dapat bertabah menempuhi ujian pemergian isteri tercinta.