loading...

[Video]Lenguh Pinggang Tunggu Trafc Light, Brader Merajuk Tongkat Motor Dakap Tubuh.

 


Tak dinafikan, situasi menunggu traf ic light di persimpangan jalan kadang kala menguji kesabaran. Oleh itu, terdapat sebahagiannya mengambil peluang untuk melakukan pelbagai hal unik sementara menunggu lampu tersebut bertukar hijau. Kalau tak percaya, mungkin anda boleh lihat sendiri sebuah video tular ini.

Gelagat rare waktu tunggu lampu isyarattukar hijau.. 

Menerusi potongan video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @razuanrain, dia sempat merakam gelagat selamba seorang penunggang motor lelaki ini memakai helmet kelabu. Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah persimpangan traf ic light di Kedah.



Trafc light lama sangat sampai merajuk tongkat motor kat tepi & dakap tubuh.. 

Gara-gara lampu isyarat terlalu lama untuk bertukar hijau, dia menurunkan tongkat motosikal miliknya di tepi persimpangan jalan. Lelaki berkenaan malah berdiri di garisan kuning sambil memeluk tubuhnya sepanjang rakaman itu seolah-olah merajuk. Ternyata, situasi itu mencetuskan gelak tawa pengguna jalan raya lain yang kebetulan menyaksikan gelagat lelaki berkenaan.


@razuanrain

bosan tggu traficlight merah lama sgt ke bang🤣🤣🤣

♬ Bang Jago - ɪ ᴘ ᴀ ɴ ɢ🎈

Bawa motor berjam-jam mau tak lenguh, dia nak berdiri pula.. 

Siapa sangka, aksi lelaki ini turut menjadi tular di Twitter dan meraih hampir 200 ribu tontonan. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat spontan brader berkenaan. Tidak terkecuali juga ada antara mereka yang berseloroh mengenai situasi tersebut.




Baca Juga : Aktivis: Israel Galang Dukungan Arab untuk Melegitimasi Kejahatan Mereka di Palestina