Allahu gigih kerja walaupun kelaianan upaya ..
SAYA OKU Kerja ‘Nak Bantu Ibu’ Komplikasi Sakit Jantung dan Buah Pinggang
Apa yang diinginkan pada masa ini adalah pekerjaan tetap untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Itu antara luahan Orang Kelainan Upaya (OKU), Muhammad Helmi Firdaus Abdul Halid, 23, mengidap penyakit kepala besar atau dikenali sebagai Hydrocephalus sejak lahir, menyebabkan kedua-dua kakinya lumpuh dan terpaksa bergerak dengan bantuan kerusi roda.
Namun, dia yang mesra dengan panggilan Amy, tidak pernah menganggap status OKU sebagai halangan untuk bekerja menyara kehidupan menggunakan wang hasil titik peluk sendiri sebagai pencuci tandas awam di Puchong Perdana.
“Selalunya saya akan keluar rumah seawal jam 7 pagi dan bergerak sendiri menggunakan kerusi roda atau motosikal roda tiga.”
“Apatah lagi sejak ibu disahkan menghidap pelbagai komplikasi penyakit seperti jantung dan buah pinggang dan perlu menjalani rawatan ke hospital setiap bulan, saya kena bekerja lebih keras,” katanya.
Baca Juga : Kisah Utsman Bin Affan








