loading...

Pemergian Yang Dicemburui, ‘Pergi’ Lepas Laung 2 Rangkap Azan Subuh

 


Pengakhiran hidup yang baik dan sempurna (husnul khotimah) adalah idaman setiap insan di muka bumi ini. Keadaan tersebut adalah di mana manusia ‘pergi’ dalam cara yang terbaik dan mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T. Kisah pemergian sebegini pastinya dicemburui ramai orang.


Hembuskan nafas saat laungkan azan Subuh dan hanya sempat sebut dua rangkap kalimah mulia 

Menerusi satu perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor, seorang jemaah surau telah pun menghembuskan nafasnya saat sedang melaungkan azan Subuh. Kejadian tersebut berlaku di Surau Ar-Rayan, Shah Alam Selangor berdekatan sebuah apartment. 




Kejadian dapat didengari dengan jelas oleh seluruh penghuni apartment berdekatan 

Kejadian itu pula kedengaran secara langsung menerusi corong pembesar suara sehinggakan seluruh penghuni di Apartment Sri Ixora berasa pelik apabila laungan azan itu terhenti secara tiba-tiba. Selepas itu, ada ahli jemaah surau yang lain bertindak membuat pengumuman menyeru ahli keluarga lelaki berkenaan untuk turun dengan kadar segera.



Kali ketiga diberi peluang jalankan amanah untuk azan dan setiap kali itu dia teruja 

Allahyarham Rosliman sebelum ini dikatakan sangat teruja untuk melaungkan azan Subuh. Pagi tadi pula adalah kali ketiga lelaki berkenaan memberanikan dirinya untuk melaksanakan amanah itu. Lelaki itu bukanlah seorang bilal tetapi bertugas sebagai AJK Pemeriksa Kira-Kira surau tersebut.