loading...

Ditinggal Girlfriend Sebab Kulit Hitam, Tak Sangka Ramai Pula Nak Masuk ‘Line’

 


Rata-rata anak muda hari ini mengimpikan jejaka kulit putih sehingga ada antara mereka meletakkan ia sebagai kriteria wajib sebelum menjalin hubungan cinta. Semuanya kerana stigma masyarakat yang sering menganggap kulit hitam itu tidak menawan. Seperti sebuah video tular ini, siapa menyangka seorang jejaka turut terkena tempias sama.

“Kita putus je sebab awak hitam tak macam pakwe kawan-kawan saya..” 

Melalui video TikTok milik pemuda kacak bernama Kerol, dia mendedahkan pernah mengalami episod putus cinta hanya kerana warna kulitnya. Lebih menyedihkan lagi apabila bekas buah hatinya turut membandingkan dirinya dengan kenalan lelakinya yang lain. Biarpun baru sahaja dimuat naik sekitar petang tadi, rakaman tersebut sudah meraih lebih 35 ribu tontonan daripada netizen. 




Wah ‘helok’ betul perubahan sekarang. Tapi tu lah saya lagi suka masa awak hitam manis dulu.. 

Menerusi content tersebut, Kerol mengambil kesempatan berkongsi foto penampilan terdahulunya. Walaupun memiliki kulit yang sedikit gelap, namun dia dilihat tidak kurang kacaknya. Tidak melatah dengan hinaan itu, dia akhirnya nekad melakukan tranformasi hingga kulitnya menjadi cerah gebu. Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen memuji kekacakan asli yang dimiliki jejaka berkenaan. Tidak terkecuali juga yang mencuba nasib ‘menguratnya’.

@kerol87

💪💪☺️☺️##rigtt ##jbfs ##kerolscoot ##relationship_infinite ##fypシ ##fyp ##foryoupage

♬ original sound - sezyliacicex - INSOS DOLAR