loading...

Hilang Kasih Sayang Bapa, 5 Anak Yatim Berteduh Di Rumah Datuk Saudara


Sedang kanak-kanak lain membesar dengan penuh kasih sayang, lima adik-beradik ini hilang tempat bermanja selepas bapa mereka meninggal dunia beberapa bulan lalu.

Kisah mereka dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris di laman Facebook yang memuat naik posting ketika melawat keluarga tersebut.



Si ibu, Nurul Hafiza Ahmad dan kelima-lima anak yang berusia antara 40 hari – tujuh tahun itu terpaksa menumpang kasih dan berteduh di rumah datuk saudara mereka di Baling, Kedah.

Bongsu ditinggalkan bapa masa kandungan ibu 7 bulan
Menurut Nasir, ibu tunggal itu tidak berkerja (mungkin masih dalam proses berpantang) namun menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Gambar Nasir & adik-beradik yatim


Posting tersebut menerima komen netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib lima beradik itu selain mendoakan agar dipermudahkan urusan bersama ibu mereka.

Mak ayah kakak suami semua dijemput ilahi


Moga dipermudahkan urusan



Moga anak2 ini jadi soleh & solehah




Sumber : Nasir Idris