loading...

Buat haru, Kisah seorang wanita belanja apek beli KFC untuk cucunya dapat pujian netizen

Seorang wanita telah memuat naik sebuah status di medsos yang telah mendapat perhatian ramai netizen. Wanita yang dikenali sebagai Raja Farah Sofea telah mendapat pujian ramai apabila perkongsian itu berjaya membuka mata dan menyentuh hati netizen.

Di dalam perkongsiannya tersebut, dia telah menghulurkan bantuan kepada seorang warga emas lelaki berbangsa cina yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelikan makanan di sebuah restoran makanan segera yang terkenal buat cucunya.

Alhamdulillah, dengan bantuannya, pakcik Cina berkenaan akhirnya dapat juga membeli ayam goreng kegemaran cucunya dan cucunya pula tidak kempunan untuk makan ayam goreng kegemarannya. Tahniah Raja Farah Sofea, kebaikan tidak pernah mengenal warna kulit…

Mari baca catatannya…

Ada nampak pak cik berbangsa cina ni datang KFC naik basikal,  pastu terdengar perbualan dia dengan bro keja kfc tu.
Uncle : Dik, rm10 boleh dapat apa ya??
Bro kfc: snack plate ada ayam dalam rm16 pakcik.

Lepastu pak cik tu beredar pergi ke basikal dia, nak balik la kot. so, i pon pergi kat pakcik tu.
Aku : “pakcik nak beli kfc ke??”
Uncle : “haah, nak beli untuk cucu, tapi duit tak cukup” apa nak buat. Balik le.So, i pon belanja la pakcik ni kfc. seronok dapat tengok pakcik ni senyum tadi.

Kadang-kadang perkara yang kita mudah untuk miliki, menjadi satu hal4ngan buat mereka yang kurang berkemampuan. Disebabkan itu, masyarakat disarankan untuk saling berkongsi dan bantu membantu di antara satu sama lain supaya nikmat tersebut turut dirasai bersama.