Setahun ditutup akibat Covid-19, pintu Kaabah dibuka untuk PM..
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi peluang bagi memasuki ke dalam Kaabah di Masjidil Haram, Makkah ketika menunaikan ibadah umrah pada malam tadi waktu tempatan.
Memetik laporan Astro Awani, ia sekali gus menjadikan beliau ketua pertama negara memasuki Kaabah selepas lebih setahun ditutup disebabkan pandemik Covid-19.
Video beliau yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu kehormat turut dikongsi di laman Facebook Haramain Sharifain.
Detik pembukaan pintu Kaabah
Selain itu, Muhyiddin dan isteri juga berpeluang mengucup Hajar Aswad dimana antara yang menjadi tumpuan para jemaah sehingga bersesak-sesak setiap kali menunaikan ibadah haji dan umrah.
Antara koleksi gambar rombongan
Terdahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu dan isteri tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.
Malah, lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga penjaga dua masjid suci.
Sumber: Twitter @NajibAroffAWANI , Facebook Haramain Sharifain , Facebook Bernama TV, OhMyMedia