loading...

Bagi Alasan Nak Beli Baju Baru, Ibu ‘Kantoi’ Sorok Anak Tiri Dalam But Kereta



Berikutan angka kumulatif COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan, larangan rentas negeri dan daerah masih dikekalkan meskipun berlaku beberapa pertukaran status PKPB. Malangnya, terdapat sebahagian rakyat yang masih berdegil dengan arahan tersebut sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat melepasi sekatan jalan raya

Helah licik ibu cuba melepasi sekatan jalan raya akhirnya ‘kantoi’… sorok anak tiri dalam but kereta

Terbaharu, helah licik digunakan oleh seorang wanita yang menyembunyikan anak tirinya di dalam but kereta bagaimanapun tidak berhasil selepas ditahan pihak berkuasa. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, wanita berusia 40-an itu ditahan ketika cuba melintasi sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 2.4 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) Seberang Jaya.



Mereka memberi alasan mahu ke pasar raya untuk membeli pakaian

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, si ibu memandu dari arah Butterworth menuju ke Seberang Jaya bersama seorang lagi remaja lelaki yang berada di tempat penumpang hadapan. Semasa melalui SJR, wanita berkenaan memberitahu dalam perjalanan ke sebuah pasar raya untuk membeli pakaian baru. 

Dikenakan kompaun gara-gara gagal tunjuk permit pergerakan rentas daerah

Gara-gara gagal menunjukkan permit pergerakan merentas daerah, wanita tersebut diarahkan berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut. Malangnya, hasil pemeriksaan mendapati seorang lagi remaja yang juga anak tirinya menyorok di dalam but kereta tersebut.

 



sc:kisah dunia