loading...

[VIDEO]Hati Berkecai Isteri & 3 Anak Ajal Nahas Pesawat, Sempat Kirim Foto Bayi

 


Tragedi pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu lalu bukan saja hangat diperkatakan di Indonesia, malah jadi tumpuan seluruh dunia. Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. Difahamkan, kotak hitam pesawat terbabit telah berjaya ditemukan sekali gus ia diharapkan dapat merungkai punca nahas terbabit.

Kerja jauh dari rumah…baru nak teruja tapi tak sempat jumpa

Keterujaan seorang suami yang menantikan ketibaan isteri serta 3 lagi anaknya bertukar hiba apabila mereka disahkan terlibat dalam nahas pesawat tersebut. Terdahulu, Yaman Zai yang bertugas di Pontianak mendedahkan bahawa isterinya ingin datang bercuti bersama anak-anak gara-gara sudah lama tidak berjumpa


Sempat kirim gambar baby pada hari kejadian…puas tunggu lama di airporttapi keluarga tak muncul


Dalam pada itu, Yaman Zai memaklumkan bahawa isterinya sempat mengirimkan gambar baby mereka pada hari pesawat malang itu terhempas. Tambahnya lagi, dia berasa pelik apabila pesawat itu lebat tiba di Lapangan Terbang Supadio, Pontianak. Dia malah cuba menghubungi isterinya tapi tiada sebarang jawapan. 




Hati berkecai kehilangan 4 insan tersayang sekaligus… 


Video memaparkan Yaman Zai menangis menantikan isteri dan anaknya yang berada di airport telah tular termasuk di aplikasi TikTok. Hatinya malah seakan-akan berkecai apabila kehilangan semua insan tersayang dengan sekelip mata. 

@antoni_informasi

Yg sabar ya pak..##prayforsj182 ##sj182 ##sriwijayaair ##sriwijayaairsj182

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti - Anneth

SC:Tiktok Antoni-informasi beritasaatini