[VIDEO] Comel Anak Bebel Mandarin, Ayah Taknak Kalah Keluar Speaking Tamil Pula
Siapa saja yang tidak berasa bangga apabila mempunyai anak yang dapat menguasai lebih daripada satu bahasa? Disebabkan itulah ada di antara ibu bapa, memilih untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau selainnya.
Baru 2 minggu sekolah anak bebel Mandarin…tapi ayahnya pula semangat speaking sampaiterkeluar
Tamil pulak Baru-baru ini, gelagat seorang bapa yang baru saja menjemput anak lelakinya dari sebuah taska yang agak lucu telah menjadi tumpuan ramai di Twitter. Gara-gara ternampak gerai jual makanan di tepi jalan, si cilik yang mesra dipanggil Yen Yen itu berharap agar dibeli oleh ayahnya. Setelah memberi beberapa alasan dalam ayat Mandarin, Mohd Zainudin Ashaari kemudiannya tercakap dalam bahasa Tamil pula.
Terpaksa mute ya, esok pagi nak jumpa client. Nanti tak bangun 😂
— Mohd Zainudin Ashaari 🇲🇾 (@MohdZainudinASH) October 15, 2020
Si ayah memang sekolah Cina dulu…boleh la cakap sikitsikit semua bahasa
Bagi yang tidak tahu apa yang dibualkan 2 beranak berikut, pada masa itu Yen Yen mahukan donut namun bapanya tetap berkeras yang dia tiada duit. Dalam pada itu salah seorang rakan turut mendedahkan bagaimana Mohd Zainudin fasih beberapa bahasa seperti dalam paparan berdurasi 29 saat berkenaan.
Today is Yen yen’s first day school. He’s not even 3yo yet! Tak mau buli kawan okay, Daddy dia dah pesan apa apa jadi ibu dia yg kena pergi sekolah 🤣🤣 pic.twitter.com/dXuHGYf7vg
— Mohd Zainudin Ashaari 🇲🇾 (@MohdZainudinASH) October 1, 2020
Comel je ayah suruh anak diam…tapi terkejut part Tamil tu sebab maksud dia memang betul
Selain terhibur dengan gelagat comel mereka, rata-rata netizen turut kagum dengan kelebihan si bapa yang fasih bercakap dalam beberapa bahasa sekali gus. Secara keseluruhannya, rakaman terbabit telah meraih lebih 20 ribu retweets setakat ini.
Baca Juga : Kisah Perjalanan Nabi Muhammad SAW, Sirah Nabawiyah Bagian 1





