Sepatutnya Discaj Harini, Warga Emas Hidap Covid-19 Ajal Terjun Dari Tingkat 8
Sejak akhir-akhir ini, trend peningkatan Covid-19 di negeri Sabah nyata membimbangkan ramai pihak. Mana tidaknya, beratus individu yang disahkan positif pandemik tersebut bukan saja menyebabkan ramai takut keluar rumah, malah dikhuatiri pusat perubatan tak dapat menampung bilangan tersebut pada masa yang terdekat ini.
Warga emas sebelum ini positif Covid-19…ditemui ajal di perkarangan pusat perubatan kerana terjun daritingkat 8
Baru-baru ini pula, kecoh berita tentang seorang warga emas wanita yang ditemui ajal di perkarangan kawasan bangunan pusat perubatan Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu malam tadi. Terdahulu, wanita warga tempatan berumur 63 tahun tersebut pernah disahkan positif Covid-19. Dalam kejadian jam 9.15 malam tersebut, dia dikatakan telah terjun dari sebuah tingkap terletak di aras lapan sebelum disedari oleh pihak bertugas yang terus memaklumkannya kepada polis.
Individu terbabit baru saja disahkan bebas Covid-19 & sepatutnya boleh discaj hari ini
Hasil siasatan polis mendapati wanita terbabit dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan selepas disahkan positif Covid-19 pada tarikh 13 Oktober lalu. Selepas memperoleh rawatan susulan, dia disahkan bebas daripada pandemik tersebut dan sepatutnya dijadualkan untuk discaj hari ini. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu memberitahu pihaknya akan mengenal pasti punca dan dapatkan keterangan saksi insiden tersebut.
#kotakinabalu Mangsa dijadualkan keluar dari hospital hari ini.
Geplaatst door Harian Metro op Woensdag 21 oktober 2020
Baca Juga : Kisah Umar bin Khattab, Sang Penjaga Islam



