Duduk Sebumbung Dengan Ipar Duai, Isteri Hamil Tertekan Rasa Seperti Di Penjara
Memang benar kata orang, tinggal sebumbung dengan mentua bukanlah satu pilihan kehidupan yang dimahukan oleh seorang isteri. Namun, ramai suami yang terlepas pandang berkenaan dengan hal itu dan mahukan si isteri duduk bersama ibu bapa serta adik-beradiknya sekali. Siapa sangka, dilema sama turut dialami oleh wanita hamil ini.
Isteri hamiltertekan tinggal sebumbung dengan ipar duai..
Menerusi posting di Facebook, Akhtar Syamir berkongsi episod duka menimpa wanita berkenaan apabila terpaksa tinggal sebumbung bersama mentua serta ipar duainya. Bukan soal makan hati, tetapi yang menjadi masalah besar adalah batas aurat yang perlu dijaga pada setiap masa meskipun berada di rumah. Malah dia juga terpaksa mengurungkan diri di dalam bilik gara-gara berasa tidak selesa.
Ibarattinggal di penjara,terpaksa berkurung dalam bilik..
Meskipun beberapa kali meluahkan rasa hati, namun perkara itu langsung tidak diendahkan oleh si suami. Sehinggakan dia akhirnya mengalah dan cuba positif untuk tinggal di dalam rumah yang diibaratkan seperti penjara baginya. Bagaimanapun jauh di lubuk hati, wanita hamil berkenaan mengakui agak tertekan gara-gara situasi itu.
Harap suami sedar akan tekanan ditanggung isteri..
Ikhtibar daripada peristiwa tersebut, Akhtar mengingatkan para suami di luar sana untuk tidak memandang ringan soal aurat sang isteri. Malah mereka juga seharusnya lebih mengutamakan dan menjaga emosi permaisuri hati terutama ketika sedang sarat hamil.
Baca juga : kisah pembelahan dada nabi muhammad saw








