loading...

“Cepat..Suami Minta”-Sengaja Nak Batalkan Wudhu Isteri, Lelaki Ini Undang Tawa

 


Kehidupan sesebuah rumah tangga pastinya lebih bahagia jika dihiasi dengan gurau senda dan usikan sesama suami atau isteri. Bukan sahaja boleh mengurangkan stres, malah ia dianggap sebagai pengikat kasih antara mereka. Antara salah satu gurauan yang sering dilakukan adalah sengaja membatalkan air wudhu masing-masing.

Tengah tunggu waktu nak solat…tapi suami sengaja hulur tangan sebab nak bagi air sembahyang terbatal 

Menerusi aplikasi di TikTok, pengguna akaun @AzieHazirah telah berkongsi paparan video tatkala sedang menunggu waktu untuk menunaikan solat. Namun tanpa diduga, suaminya sengaja menghulurkan tangan untuk bersalaman semata-mata ingin membatalkan air sembahyangnya. Dia yang dilihat memakai telekung berona pink lembut tersebut turut cuba mengelakkan diri daripada bersentuhan dengan lelaki berkenaan. 

@azie0704

selalu buat ke orang kan... nahhh kene balik .. ##hackbyhusband

♬ original sound - Azie Hazirah


Boleh je salam sebab tangan dah berlapik…tengok laki bini tu,tiba-tiba rasa nak kahwin pula 

Dalam pada itu, lelaki tersebut berkali-kali meminta agar huluran tangannya disambut oleh wanita berkenaan. Siapa menyangka, paparan kurang seminit tersebut telah berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini. Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gurau senda antara suami dan isteri itu. Namun mereka juga ada yang berseloroh kononnya terus terasa nak kahwin selepas menyaksikan video lucu tersebut. 




Baca : pinta rbahasa arab