'Keliru Fedtri Yahya Dengan Ally Iskandar, Telatah Kanak-Kanak Ini Cuit Hati Netizen'
Keliru Fedtri Yahya Dengan Ally Iskandar, Telatah Kanak-Kanak Ini Cuit Hati Netizen | “Alamak, kesian adik ni tak dapat bezakan.
“Dia belum lahir kami dah on air,” itulah reaksi spontan personaliti TV3 Fedtri Yahya selepas namanya di ‘tag’ oleh seorang kanak-kanak yang hadir ke TV3 baru-baru ini.
Fedtri Yahya
Walaupun username nya diletakkan dalam kapsyen gambar tersebut, namun Fedtri Yahya menjelaskan bahawa individu dalam gambar tersebut bukanlah beliau sebaliknya rakan pengacara Ally Iskandar.
Fedtri dalam perkongsiannya berkata kesilapan ‘adik’ itu mungkin berlaku kerana mereka berdua sebelum ini sangat sinonim dengan rancangan Malaysia Hari Ini.
“Jauh beza, mungkin sebab kami sinonim dengan MHI. Lebih dari 15 tahun,” ujarnya.
Malah persamaan antara kedua-duanya itu turut diakui netizen yang berpendapat mereka juga kadang-kadang tertukar antara dua personaliti yang sering muncul di kaca TV itu sebelum ini.
Dalam satu kiriman berbeza, Fedtri memuat naik gambar beliau bersama kanak-kanak tersebut dan keluarganya sambil menikmati cendol dan jeruk mangga.
Mungkin, buat mereka yang sentiasa menonton rancangan-rancangan di TV3 sebelum ini tidak mempunyai kesukaran untuk membezakan antara kedua-keduanya namun bagi generasi muda seperti adik ini, ‘aura’ mereka yang hampir sama pasti akan menimbulkan sedikit kekeliruan
Apa-apa pun, tahniah kepada adik ini kerana perniagaan jus mangga yang diusahakan beliau semakin mendapat perhatian dan semoga hajatnya untuk memiliki konsol permainan PS4 dengan berniaga akan tercapai.

Alamak... sian adik ni tak dapat bezakan 😅😂🤓 Dia belum lahir, kami dah on air 🤣 pic.twitter.com/KfSX54XHG8— Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) June 9, 2020
Bagaimanapun, siapa sangka kesilapan adik ini akhirnya membuka peluang buat dirinya untuk bertemu secara bersemuka dengan Fedtri dan menghadiahkan sendiri jus mangga yang dihasilkannya.Alamak... sian adik ni tak dapat bezakan 😅😂🤓 Dia belum lahir, kami dah on air 🤣 pic.twitter.com/KfSX54XHG8— Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) June 9, 2020
Dalam satu kiriman berbeza, Fedtri memuat naik gambar beliau bersama kanak-kanak tersebut dan keluarganya sambil menikmati cendol dan jeruk mangga.
Akhirnya... buah itu dapat diberi kepada Fedtri Yahya yang sebenar 😛🤭🤩 https://t.co/19alvBMWK6 pic.twitter.com/8j0KwtyN8D— Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) June 10, 2020